Gemuk???
Apa yang anda tahu tentang gemuk?
Kita akan dikategorikan dalam keadaan gemuk apabila berat badan kita
melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal. Sebagai contoh,
sepatutnya berat badan ideal kita 60kg, tapi pada hakikatnya jarum di
mesin penimbang menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam
kategori orang yang gemuk. Sangat-sangat tak best bila dengar perkataan
gemuk tu kan? Stress sangat rasanya kalau orang panggil kita dengan panggilan macam tu.
Okay….. Sekarang, jangan sedih-sedih lagi. Sebelum kita nak kuruskan
badan dan buang lemak-lemak yang ada kat badan kita ni, kita kena tahu,
jenis-jenis gemuk yang ada. Dan kita ni dalam kategori gemuk yang mana
satu. Bila dah tahu, senang untuk kita ambil langkah seterusnya.
Okay…jom kita check!
Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori
yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi,
kalori yang berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa
bahagian badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis.
Senang cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak
gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dalam
bentuk lemak.
Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis. Jom kita kenali jenis-jenis gemuk ni satu persatu :
1- Jenis Gemuk Air
Kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tudak
diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan menggelambir dan lembik oleh
kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji
belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah
keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air. Orang yang gemuk
air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg
kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam
badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin
ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak
turun.
2- Jenis Gemuk Angin
Gemuk angin ni lebih kurang
sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila
dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening,
loya dan lagi satu kerap kentut… Alamak, yang ni kena jaga-jaga sikit.
Jangan boom kat orang belakang sudah…hehe… Kategori yang ni pun agak
mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.
3- Jenis Gemuk Lemak
Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung
dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu.
Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Dan ada juga
saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku
kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.
Bentuk Epal vs. Bentuk Pear
Bentuk Epal vs. Bentuk Pear
4- Jenis Gemuk Daging
Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk
lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama
terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab.
Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid,
pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging.
Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana
lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan
InsyaAllah berkesan.
Dah tahu korang jenis gemuk
yang mana? Kalau dah tahu, baguslah. Lebih mudah untuk kita
mengenalpasti apa tindakan seterusnya yang perlu kita ambil dalam usaha
untuk mengurangkan berat dan semestinya untuk mengurangkan ukuran inci
di badan. Apa pun jenis gemuk anda, berusahalah sebaik mungkin untuk
mengurangkan kegemukan badan kita. InsyaAllah di entri akan datang, saya
akan share kan beberapa cara yang kita boleh lakukan untuk mengatasi
masalah kegemukan. Yang penting, semangat kena kuat dan jangan cepat
mengalah. InsyaAllah pasti berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan