Ahad, 28 Disember 2014

PEPPERMINT GINGER MAMPU MEMBANTU MUNTAH MUNTAH YG TERUK KETIKA HAMIL!!!


Mabuk hamil ialah masa yg paling biasa berlaku pada awal kehamilan.Tetapi betapa teruk ianya di hidapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula mula bangun , atau mendapati bahawa bau tertentu mencetus rasa mual untuk sepanjang hari atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan sahaja pagi malah tengahari dan malam juga untuk berminggu minggu bahkan berbulan bulan.

Ia mungkin lebih teruk pada waktu pagi tetapi ia boleh berlaku pada bila bila masa sepanjang hari atau malam.Mabuk hamil boleh menguasai kehidupan anda untuk satu tempoh masa.Jika anda mengalaminya secara teruk, anda mungkin mendapati diri anda tidak dapat bekerja secara tak langsung ia melibatkan segala aktiviti harian anda tidak dapat dilaksanakan.

Wanita yg menghidapi mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar benar memahami apa yg mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan. Bercakap dengan pengidap lain boleh membantu  anda berasa kurang terpencil.

 Sepatutnya anda berasa gembira dan teruja dengan kehamilan anda tetapi hakikatnya anda merasakan sengsara dan sakit dan hubungan anda dengan suami, keluarga dan rakan mungkin menjadi tegang.

Bentuk mabuk hamil yg paling teruk dipanggil hiperemesis gravidarum ( bermaksud muntah berlebihan semasa mengandung). Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah dan jika berat badan anda menurun  maka anda mungkin menghidapi hyperemesis. Tidak seperti kesan sampingan kehamilan biasa, hyperemesis boleh  menjejaskan kesihatan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yg boleh.

Berikut adalah salah satu testimonial pelanggan saya yg telah mengalami masalah tersebut tetapi kembali pulih setelah mengamalkan Peppermint Ginger selepas 3 minggu.

 Beliau mengalami muntah muntah yg teruk susah sangat nak makan. Apabila mengamalkannya alhamdulilah kini masalah yg dialaminya tu berkurangan. 


Kandungan yg terdapat dalam Peppermint Ginger juga mampu merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

Dapatkan info percuma bersama saya di Rumah Vitaminku...atau di Fb Niezaali atau anda dapat hubungi sy di talian 673-8969424.

Sabtu, 20 Disember 2014

MASALAH OBESITI DAN KURANG BERAT BADAN DIKALANGAN KANAK KANAK.


 
 
Daripada data kajian di seluruh dunia, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berada dalam lingkungan 2.6 peratus hingga 3.6 peratus di Finland, 15 peratus di United Kingdom, 10.8 peratus di Amerika Syarikat, 11.2 peratus hingga 12.5 peratus dalam kalangan pelajar sekolah di Navajo Indian, 7.56 peratus di India, 16.1 peratus di Singapura, 14.3 peratus di Thailand dan 7.8 peratus lagi dalam kalangan kanak-kanak sekolah di kawasan luar bandar di Malaysia.

Penasihat Pediatrik Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Margaret Kannim­mel berkata, obesiti di kalangan kanak-kanak adalah satu wabak yang perlu ditangani segera.

Menurutnya, kanak-kanak yang memiliki masalah berat badan berlebihan cenderung untuk membesar menjadi individu dewasa obes. Mereka mempunyai risiko tinggi untuk berhadapan dengan masalah kesihatan serius termasuk serangan jantung, angin ahmar, diabetes Jenis 2, kanser usus, apnea tidur dan juga tekanan darah tinggi.

Malah, risiko masalah kesihatan ini akan lebih ketara sekiranya individu berkenaan tidak mengawal peningkatan berat badan mereka secara serius.

“Memiliki berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak juga boleh menyebabkan tekanan psikologi. Usikan mengenai penampilan diri mereka sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan diri kanak-kanak berkenaan dan ia boleh membawa kepada pengasingan diri daripada rakan sebaya serta masalah kemurungan,” katanya.

Kanak-kanak lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan jika ibu dan bapa mereka juga berhadapan dengan masalah obesiti. Jika seorang ibu atau bapa mengalami berat badan berlebihan, kebarang­kalian anak mereka berhadapan dengan masalah sama adalah 50 peratus.

Namun, jika kedua-duanya juga berhadapan dengan masalah obesiti maka ada kemungkinan sebanyak 80 peratus anak mereka juga akan menjadi individu yang memiliki berat badan berlebihan.

Tetapi faktor genetik dianggap kurang berkaitan dengan masalah ini kerana faktor berat badan berlebihan lebih tertumpu kepada ahli keluarga yang memiliki tabiat pemakanan yang sama.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah disebabkan gaya hidup mereka yang tidak sihat termasuk pengambilan diet tidak seimbang dan juga kekurangan aktiviti fizikal.

Malah, dengan gaya hidup kini, lebih mudah untuk kanak-kanak me­ngalami masalah obesiti terutama dengan sumber makanan berkalori tinggi seperti makanan segera dan gula-gula yang banyak dipromosikan khusus untuk kanak-kanak.

Selain itu, senaman dan bermain bukan lagi menjadi aktiviti harian kanak-kanak sehingga ada yang yang tidak pernah berjalan kaki ataupun berbasikal ke sekolah. Apa yang dilakukan mereka kini hanyalah menghabiskan kebanyakan waktu di hadapan TV dan juga komputer.

Obesiti ditakrifkan sebagai pengumpulan lemak badan secara berlebihan. Seseorang itu dikatakan mengalami obesiti apabila jumlah berat badan adalah lebih 25 peratus lemak di kalangan kanak-kanak lelaki manakala lebih daripada 32 peratus lemak di kalangan kanak-kanak perempuan.

Dr Margaret berkata, kanak-kanak yang mengalami masalah berat badan berlebihan tidak digalakkan untuk menurunkan berat badan mereka secara drastik.

Sebaliknya, mereka disarankan untuk mengekalkan berat badan dan secara beransur-ansur mengurangkan berat badan berkenaan se­iring ­dengan tumbesaran mereka.

“Kanak-kanak tidak sepatutnya diberikan diet mengurangkan berat badan tanpa nasihat pakar perubatan bertauliah kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhan mereka.

“Diet yang tidak terkawal terutama di kalangan gadis remaja boleh menyebabkan masalah gangguan pemakanan seperti anoreksia dan bulimia,” katanya.

Malah, ada bukti menunjukkan lebih mudah untuk mengubah tabiat makan kanak-kanak dan juga menerapkan tabiat mengamalkan senaman berbanding orang dewasa.

Bagi ibu bapa yang risau mengenai berat anak sebaiknya galakkan pengambilan makanan yang segar dan berkhasiat dalam penyediaan diet harian mereka.

Makanan berkanji yang kaya dengan karbohidrat kompleks seperti roti, kentang, pasta, nasi dan capati membekalkan separuh daripada sumber tenaga diperlukan kanak-kanak dalam diet mereka.

Ia lebih berkhasiat berbanding membekalkan anak dengan makanan yang me­ngandungi kadar lemak yang tinggi seperti coklat, biskut, kek dan juga kerepek.

“Selain itu, ubah cara penyediaan hidangan ­dengan memanggang atau membakar berbanding hanya menggorengnya saja. Burger, jejari ikan dan juga sosej juga lazat dinikmati apabila dipanggang malah, memiliki kandungan lemak yang rendah,” katanya.

Selain itu, elakkan pe­ngambilan minuman bergas kerana ia mempunyai kadar kandungan gula yang tinggi. Satu tin soda mengandungi sembilan sudu teh gula.
Gantikan minuman berkenaan dengan memberikan jus yang ditambah dengan air ataupun pilihan minuman tanpa gula yang lain.

Di samping itu, ibu bapa boleh menyediakan hidangan sarapan pagi yang sihat menggunakan bijirin rendah gula bersama susu dan juga buah-buahan sebagai sumber tenaga terbaik pada hari berkenaan.

Ubah tabiat makan anak

Pamerkan contoh pe­ngambilan diet seimbang kepada anak.

Sediakan makanan dan snek menyihatkan pada masa ditetapkan bagi mengelakkan keinginan mendadak terhadap makanan yang tidak sepatutnya.

Jangan membenarkan anak menikmati makanan mereka ketika menonton TV atau membuat kerja sekolah.

Jadikan waktu makan sebagai acara yang meriah dengan menikmatinya bersama keluarga.

Galakkan anak mengenali tubuh mereka dengan baik dan makan apabila mereka berasa lapar saja bukan sebaliknya.

Ajar anak untuk me­ngunyah makanan secara perlahan-lahan dan menikmati hidangan dengan sepenuhnya. Ini akan membuatkan mereka kenyang dengan cepat dan mengelakkan terlebih makan.

Jangan menyimpan terlalu banyak makanan ringan yang memiliki kandungan lemak dan gula yang tinggi di rumah.

Jangan jadikan hari riadah keluarga sebagai ‘program’ untuk menikmati makanan segera secara rutin.

Galakkan anak untuk membabitkan diri dalam proses penyediaan makanan kerana ini akan me­nyedarkan mereka me­ngenai bahan digunakan apabila menikmati makanan nanti.

Jangan menjadikan makanan sebagai satu cara untuk memujuk anak, sebaliknya berikan lebih perhatian, dengar masalah dan peluk anak untuk membantu mengurangkan kesedihan mereka.

Di samping itu, jangan menjadikan makanan sebagai ganjaran kerana ia boleh menanam idea makanan boleh digunakan segera sebagai satu cara untuk mendapatkan keselesaan dalam diri anak.

Ubah persepsi anak dan elakkan majlis keraian menggunakan makanan segera sebaliknya berikan hadiah, tengok wayang ataupun benarkan mereka bermalam di rumah rakan sebagai tanda ganjaran.

Aktiviti fizikal

Antara saranan yang boleh dilakukan bagi me­ngelakkan obesiti di kala­ngan kanak-kanak ialah dengan ­meningkatkan aktiviti fizikal secara menyeluruh antaranya berjalan ­dengan pantas sekurang-kurangnya satu jam sehari.

Amalkan aktiviti berjalan kaki sama ada untuk ke sekolah atau ke kedai berbanding terlalu bergantung kepada kenderaan untuk melakukannya.

Jalankan aktiviti riadah luar membabitkan semua ahli keluarga antaranya berbasikal, berenang dan sebagainya.

Kekurangan aktiviti fizikal

Ia ditonjolkan sama ada dengan pelakuan menghabiskan masa lapang ­dengan hanya menonton TV atau permainan komputer. Ketagihan ini perlu dihadkan dengan melakukannya tidak lebih daripada dua jam sehari.

Selain itu, ibu bapa perlu menggalakkan kanak-kanak untuk memilih program yang ditonton dan hanya fokus kepada rancangan yang menarik minat mereka saja.

Langkah pencegahan yang boleh dilakukan:

Kajian menunjukkan bayi yang menyusu susu ibu walaupun untuk jang­ka masa singkat mampu mengurangkan risiko obesiti apabila dewasa.

Ibu bapa yang mengamal­kan pengambilan diet seimbang dengan menjadikan buah-buahan dan sayuran sebagai bahan utama menjadi contoh terbaik untuk anak.

Apabila anak makin membesar anak akan menjadikan diet yang diambil di rumah sebagai pola pemakanan mereka.

Galakkan aktiviti fizikal yang sihat dan cergas sebaik saja mereka boleh berjalan. Langkah ini membantu mengurangkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.

Turut membantu apabila jumlah kalori yg kita berikan kepada anak anak yg sedang membesar bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Tidak semestinya apabila mereka sedang membesar mereka boleh makan sesuka hati tanpa memikirkan khasiat yg diberikan utk badan mereka.Bak kata pepatah melentur buluh dari rebungnya.
 
 

Jumaat, 19 Disember 2014

TERSIMPAN MAKSUD TERSEMBUNYI DARI TANDA-TANDA SAKIT DI BADAN

            Maksud Tersembunyi Dari Tanda-tanda Sakit Di Badan


1. MATA (Bereaksi dengan kondisi hati).
a) Mata menjadi merah: Hati mengandung kadar racun yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan racun.
b) Mata menjadi kabur: Sering terjadi pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berjalan.
c) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan racun sedang terjadi. Ini juga menunjukkan badan mengandung asam berlebihan.
d) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau beban kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan karena tidak puas atau beban yang berat.
2. HIDUNG (Hidung memiliki hubungan erat dengan paru-paru dan tenggorokan).
a) Flu: Proses pembuangan racun di bagian tenggorokan. Badan mengandung asam berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat: Paru-paru mengandung racun yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alergi hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang racun di bagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alergi hidung.
3. BATUK
a) Batuk keluar dahak: Proses membuang racun di bagian tenggorokan.
b) Batuk tanpa dahak: Paru-paru mengandung racun yang berlebihan. Biasanya dahak kental keluar setelah beberapa hari mengkonsumsi RG.
c) Batuk dan merasa gatal di tenggorokan: Proses membuang racun di bagian tenggorokan dan paru-paru, biasanya terjadi pada orang yang banyak merokok atau terpapar udara yang tercemar.
4. Kerongkong
a) Tekak/Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang terjadi di seluruh tubuh. Ini adalah tanda bahwa tubuh kita memerlukan banyak air untuk membuang racun.
b) Sakit tenggorokan. Seperti di atas. Tingkat keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Terkait dengan fungsi sistem pencernaan)
a) Bibir pucat
i) Sistem pencernaan yang lemah.
ii) Perut berisi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem pencernaan yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Harus diperkuat fungsi pencernaan dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandung banyak bahan racun.

6. MULUT DAN LIDAH: Terkait dengan fungsi jantung dan sistem peredaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung memiliki masalah, seperti lemak yang berlebihan, katup menjadi lemah, saluran koroner tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandung asam berlebihan.
c) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Terkait dengan ginjal.
a) Telinga terasa tersumbat: Ginjal mengandung toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung: Sedang merawat ginjal yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berkeringat:
a) Keringat asin: Badan mengandung kelebihan asam urat.
b) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui keringat.
9. RUAM DAN BISUL: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM: Proses menghilangkan racun melalui kulit akibat terlalu banyak mengkonsumsi obat yang mengandung bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR: Proses pembuangan racun yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit tersebut.
12. RAMBUT GUGUR: Menunjukkan fungsi ginjal yang lemah. Setelah proses rontok, rambut akan tumbuh kembali dengan lebih sehat dan subur.
13. Persendian, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan ada luka di bagian sendi tersebut dan tanda-tanda penyakit Pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (Rheumatism).
iii) Sakit di bagian bahu. Menandai saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN: Aliran darah di bagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bagian lengan dan tetap di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin terjadi.

d) KEBAS KAKI: Aliran darah di bagian bawah tubuh tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI: Menunjukkan ginjal lemah. Biasanya disebabkan oleh kurangnya latihan dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI: penyeimbangan fungsi ginjal akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI celah JARI KAKI: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA INTERNAL
A. KEPALA. Umumnya, segala reaksi yang terjadi di bagian kepala memiliki kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING / SAKIT DI BAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (Neurosis) akibat beban mental dan banyak berpikir.
C. PENING / SAKIT DI BAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bagian atas. Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit hipertensi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA: Menunjukkan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan racun sedang terjadi. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG memutar Tanda kurang darah atau aliran darah tidak lancar.
15. MULUT / tenggorokan / LIDAH
a) Mual / MUNTAH. Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan beracun dari bagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rusak di bagian tenggorokan dan
ii) Darah Hitam Pembuangan tisu yang sudah rusak di bagian perut; misalnya penyakit ulkus.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK: Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT. Proses pembuangan racun dari tenggorokan akibat infeksi kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan ginjal mengandung kotoran
b) AIR KENCING berkapur Menunjukkan penyakit batu karang dalam ginjal.
c) AIR KENCING BERMINYAK: Menunjukkan ginjal mengandung kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT: Menunjukkan proses pembuangan racun sedang terjadi.
e) AIR KENCING BERDARAH: Penyakit batu ginjal, ginjal luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR: Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar. Diare segera setelah memakan RG, menandakan kanker di bagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan racun dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah: Masalah penyakit ambeien atau benjolan di bagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit usus.
d) NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan racun dibagian usus sedang terjadi.
20. BADAN
a) RASA SAKIT: Umumnya, segala kesakitan badan adalah karena saluran darah.
i) Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan syaraf.
ii) Sakit sengal: Menunjukkan luka di dalam tubuh.
iii) Sakit gertakan: Proses menyeimbangkan saraf yang berhubungan dengan organ-organ tubuh.
iv) Sakit menegang: Proses melancarkan darah.
b) BADAN TERASA BERAT / MALAS / LENGUH. Badan mengandung asam yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) badan terasa panas. Badan mengandung asam yang berlebihan. Ini menandakan tubuh membutuhkan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN: Menandakan tubuh segar dan proses awet muda sedang terjadi.
21. RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah ginjal. Energi batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH / MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah aliran darah.
25. SUKA BERFIKIR dan berkhayal: Sistem pencernaan yang lemah.
SUMBER:
PN.RUSNANI OMAR
PENOLONG PENDAFTAR UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 

Isnin, 15 Disember 2014

KHASIAT PUDINA DI DALAM PEPPERMINT GINGER!!!!


18 Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina

  • Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman


  • Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus


  • Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh


  • Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. 


  • Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan. 


  • Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda. 


  • Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.


  • Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda. 


  • Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.


  • Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut. 


  • Penyelidikan menunjukkan pudinamenghalang pe memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat pembentukan fungsi tumor.


  • Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.


  • Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan. 


  • Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.


  • Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada. 


  • Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit. .


  • Teh pudina adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).
    Begitu banyak khasiat daun pudina kepada kita mungkin ada yg dapat mengamalkannya selalu tetapi ada yg tak boleh langsung baunya.  Apa yg bagusnya di dalam kandungan Peppermint Ginger Shaklee turut terdapat daun pudina jadi ia dapat memudahkan kita mengamalkannya.Kalau pun kita dapat membeli di pasar atau menanam sendiri tetapi daun pudina tak mampu disimpan terlalu lama, khasiatnya pasti berubah kalau terlalu lama dibiarkan didalam peti ais. So anda bole menggantikkannya dengan Peppermint Ginger Shaklee.

    Jomdapatkan tipsnya bersama saya khususnya buat mereka yg bermasalah dalam perut dan mengalami muntah2 ketika hamil. Kepuasan Anda Adalah Keutamaan Kami....

Rabu, 10 Disember 2014

Apa Perbezaan Kolagen Powder Shaklee dengan Jenama Kolagen lain?

Tahukah anda antara sumber kolagen terbaik ialah kolagen ikan laut dalam, kerana mempunyai nilai protein yg tinggi dan jauh daripada pencemaran. Setakat ini sumber collagen yg terdapat pada ikan ialah sisik ikan atau kulit ikan yg mana kolagen ini adalah salah satu kandungan yg terdapat byk produk supplement kecantikkan.

Collagen kulit ikan merah  adalah yg terbaik dan tahan lasak, kepaduan sel yg sangat tinggi serta tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan. Kelebihannya ia berfungsi untuk mudah diserap kedalam tubuh kita. Ia sangat mudah dihadamkan dan membantu membentuk semula kolagen yg kian menyusut pada bahagian sendi, tulang kulit dan lain lain.Kajian menunjukkan pengambilan dalam masa yg lama turut membantu meredakan Osteoathritis, Osteoporosis dan arteriousclerosis. Kajian klinikal awal juga menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yg betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

 Perbezaan Collagen Powder Shaklee dengan Jenama Lain???

 

Collagen Powder Shaklee adalah supplement kolagen yg unggul, mengandungi 4,000mg kolagen RSS (sisik ikan merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yg diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular sekitar 1000 Dalton ( berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

 


 1. Kolagen dari sisik ikan merah- sumber kolagen yg mempunyai kadar penyerapan yg tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.

2.Biji Camelia Japonica - Sebagai pelembap kulit yg unggul!!

3.Elastin dari kolagen Ikan - Menjadikan kulit tegang, anjal dan elastik!!!

4.Lactobacillus Acidophilus - Membina sistem usus yg sihat dan untuk penyerapan kolagen.

5.Vitamin C dan Vitamin B - Menggalakkan penghasilan kolagen dan membebaskan tenaga untuk menghasilkan kolagen dalam sel badan!!.

6. Ekstrak Kekerang - Membekalkan pelincir pada sendi.

7.Ekstrak Pfaffia - Menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin!!. 


Harga setanding dengan khasiatnya!! Memang berbaloi dan jimat sangat2 dengan promo yg sedang berjalan pada masa ini beli 3 dapat 1...set lengkap utk badan kita...

 

Jom dapatkan tips dan konsultasi percuma bersama saya, jgn lepaskan peluang utk mendapatkan "specialgift" dari saya sempena promo yg berlangsung pada masa ini. 


Layari fb sy Niezaali atau telegram / wassap ke 673-8969424...


Selasa, 9 Disember 2014

RAHSIA KHASIAT BAYAM....SUNGGUH LUAR BIASA...


Tahukah Anda Bayam menjadi salah satu sayuran bervitamin yg sudah tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Dari fizikalnya ia berdaun hijau dan memiliki lebar daun yg besar dengan batang tidak begitu tinggi. Harganya murah dan mudah didapati . Meskipun begitu bayam memiliki beberapa khasiat yg sangat istimewa dan banyak org tidak mengetahuinya....

Satu kajian telah mendapati bayam memiliki berbagai kandungan nutrisi yg di perlukan oleh tubuh kita. Berbagai nutrisi dan vitamin yg terkandung dalam bayam iaitu sumber Vitamin A dan K, mangan, folat,magnesium,serat, kalsium dan protein serta rendah kalori.Berbagai kandungan nutrisi tersebut menjadikan bayam menjadi salah satu makanan bernutrisi lengkap yg ada di bumi ini. Namun, tak lengkap rasanya tanpa mengetahui berbagai khasiat bayam utk tubuh kita.

Beberapa khasiat bayam yg sangat istimewa:-

A) Pencegah kanser yg sangat berkesan. Kandungan flavanoid dpt mencegah kanser seperti kanser payudara dan kanser prostat.

B) Nutrisi sempurna untuk jantung.Kandungan vitamin yg terdapat dalam bayam iaitu vitamin A,C, folat serta magnesium.

C) Meningkatkan memori otak. Kandungan nutrisi yg terdapat dalam bayam dapat meningkatkan kemampuan memori dan mengingatkan otak lebih baik.

D)Penglihatan yg lebih baik. Bayam merupakan sumber vitamin A dan Lutein (salah satu karotenoid) dapat membantu mata dan mencegah katarak.

E)Membantu organ pencernaan. Kandungan serat yg tinggi dalam bayam sgt efektif menyihatkan organ pencernaan.

F)Menutrisi tulang dan sendi.Mampu menguatkan tulang pada tubuh.

G)Membuatkan tubuh tidak mudah keletihan.

Walaubagaimanapun mampukah kita mengamalkan menu yg sama setiap hidangan yg kita ambil setiap hari. Pastinya tidak kan????

Tahukah anda 1 biji (400IU) Vitamin E bersamaan dengan 1 kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8 kg bayam dan 500g badam???

Hanya dengan mengamalkan sebiji Vit E Shaklee kita mampu utk membantu sel sel sihat melawan radikal bebas!!!

Jom dapatkan penerangan percuma bersama saya...


Sabtu, 6 Disember 2014

SANGGUP REDAH DEMI SHAKLEE!!!


Alhamdulilah setelah melalui perlbagai rintangan, saya selamat sampai ke destinasi dengan selamat. Tujuan dan niat hanyalah satu untuk mendalami lebih lagi di dalam bidang ini dan berkongsi bersama anda apakah matlamat kami yg sebenarnya.

Kami bukanlah sekadah pengedar Shaklee yg tahu menjual produk saja malah kami telah dilatih dengan ilmu2 yg amat berguna untuk membantu anda supaya hidup dengan lebih sihat.

Dalam  perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu semalam sempat ambil gambar signboard Shaklee di Highway Utara Selata semalam.

Alhamdulilah Shaklee lebih dikenali sekarang.


Sempat singgah juga di Johor Premium Outlets semalam....alhamdulilah...

 
Tepat pukul 6 petang pada 5/12/2014 saya selamat sampai di Grand BlueWave.....Alhamdulilah....Dan esok pagi saya akan menjalani Product Workshop disini...semoga dengan ilmu yg diberikan akan membawa perubahan pada diri saya  untuk membantu mereka yg memerlukan...insyallah...Kepuasan Anda Adalah Kepuasan Kami.....

Isnin, 1 Disember 2014

ESP MEMPUNYAI NILAI INDEKS GLISEMIK YG RENDAH, KENAPA PENTINGNYA NILAI GLISEMIK INDEKS INI KEPADA KITA???




"Terlalu banyak kelebihan ESP yang mungkin anda sudah pun tahu kan?? Pasti ramai yg sudah teruja untuk mencubanya kan?? dan disini saya nak tambah lagi satu  yg pasti membuat anda lebih teruja"......................................

Tahukah anda bahawa ESP mempunyai  Indeks Glisemik yg rendah!!. Indeks glisemik adalah ukuran kecepatan makanan diserap menjadi gula dalam darah.Semakin tinggi indeks glisemik dalam makanan, semakin cepat kesan terhadap kenaikan gula dalam darah. Oleh itu, ESP ini sangatlah bagus bagi mengawal gula dalam darah sebab glisemiknya sangatlah rendah iaitu 39 sahaja!!.  Jom kita tengok draft di bawah:-







daripada perbandingan jelas kelihatah kita hanya memerlukan makanan atau supplement yg mempunyai glisemik yg rendah supaya gula dapat dilepaskan secara berperingkat didalam darah. Oleh itu tenaga dihasilkan didalam badan juga secara berperingkat  dan berterusan sehingga beberapa jam.

Pengambilan berterusan ESP dalam diet seharian kita INSYALLAH mampu mengawal diet kita.Daripada diet yg sihat inilah akan memberikan kita kesihatan jangka panjang yg tidak ternilai harganya!!!

Anda sayangkan diri anda dan keluarga??? Dan pastinya kita mahu sihat di hari muda dan tua betul tak?? 

Jom kita cuba mengamalkan ESP Shaklee yg pastinya dijamin selamat utk diamalkannya serta halal.

Dapatkan keterangan lanjut bersama saya Pn. Nieza ditalian 673-8969424.

Kepuasan Anda Adalah Keutamaan Kami!!! 

Isnin, 24 November 2014

Rahsia Disebalik Sakit Sendi



Anda Pernah mengalami sakit sakit seperti di dalam gambar yg tertera diatas?????

Sendi sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan,punggung, lutut,buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.

 Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakkan. Sakit sendi terjadi  dikalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan  kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yg lain.

Sebab Sebab Sakit SendiKebanyakkan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakkan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan. 

  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yg terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yg berat, mengangkat berat, postur yg tidak elok, kecederaan  atau pergerakkan tidak betul.    

  • Berat badan berlebihan     
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Kecederaan ( Kemalangan, bersukan  dan sebagainya).
  •  Penyakit sendi seperti artritis.
  •  Sakit dari pakar saraf ( seperti saraf yg terhimpit).  
  •  Penyakit tulang.
  •  Ketumbuhan.
  •  Jangkitan kuman.
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya.
  • penyakit kronik.
  • Ubat - ubatan.

 Rawatan

Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh penyakit serius:-

  • Sakit ringan akan reda dgn langkah langkah mudah seperti merehatkan sendi tersebut secukupnya contohnya dgn penggunaan "Splint" ( Pengampu ).
  • Kerap mengenakan 'cold pack' ( contoh ais yg dilpat dalam tuala ) pada sendi yg tercedera sekurang kurangnya 30 minit utk mengurangkan bengkak dan kemerahan (keradangan).
  • Selepas beberapa hari , selangkan penggunaan pek sejuk dan panas. Urut secara lembut juga boleh membantu.
  • Kenakan pek panas utk meringankan ketegangan sendi.
  • Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol atau ubatan jenis 'non-steroidal anti -inflammatory (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh terdapat di farmasi.
  • Kurangkan berat badan.
  •  Guna kasut bertumit rendah.
  • Dapatkan rawatan bg penyakit khusus.
Pencegahan
  •  Postur - elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok.
  • Tidur diatas tilam yg keras.
  • Elakkan mengangkat barang berat.
  • Kerap bersenam - elok utk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar.
  • Pengurangan berat badan boleh membantu.
  • Mengamalkan rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yg lama.
  • Menangani tekanan.

 Untuk rawatan alternatif lain anda  boleh mengekalkan sendi sendi yg kuat, fleksibel dan mudah bergerak dengan Advance Jointh Health Tablet yg sentiasa menyokong kesihatan sendi yg berpanjanjangan.


Advance Jointh Health Tablet mengandungi ekstrak inique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C utk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakkan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan bahan berasaskan mineral, Shaklee Jointh Health Tablet ialah formula sayur sayuran 100%.




1.Ekstrak Boswellia -adalah gum resin dari pokok Boswellia Serrate. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda utk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya.Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswellik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswellik) yg berfungsi sebagai anti radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dgn menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yg menyebabkan ketidakselesaan sendi.


2.Ekstrak jagung - membekalkan satu sumber yg pekat dengan glukosamina yg berfungsi utk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.Glukosamina adalah blok binaan utama bg membina tulang rawan dan lendir bg melicinkan sendi. glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yg dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yg menunjukkan yg supplement ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakkan bebas dan menjadi sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun tahun juga mengesyorkan yg supplement ekstark jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa yg panjang.
3.Memelihara tisu  penyambung yg sihat - Zink, tembaga, Mangan dan Vitamin C membekalkan sokongan nutrien utk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yg memberikan kekuatan dan sruktur terhadap sendi.
Berikut adalah salah satu testimoni Advance Jointh Health Tablet.....


Sabtu, 22 November 2014

Punca Penyakit Gout Dan Penawarnya








Salam semua.....banyak yg pm sy bertanyakan tentang masalah gout sejak akhir akhir ini, disini sy akan menerangkan serba sedikit berkenaan dengan masalah gout serta penawarnya.

Apa sebenarnya penyakit gout?
 Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar. Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati.

Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil. Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi . Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure ). Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout. Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah. Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik.

Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah. Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat kerana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout.. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak. Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.

  Rawatan Tradisional

1.)Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.

 2.)Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

  Cadangan untuk melegakan kesakitan Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang biasa untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik (punca penyakit gout) dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan (pek air suam). Bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri. 


Set Shaklee utk Gout.


 1.Alfafa - untuk menyingkirkan toksin secara lembut dari badan dan menurunkan bacaan urid asid. Namun pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak.

2. Perfomance Drink -  memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai  kandungan air dan gula yg cukup agar tidak dehydrate.

3. Omega Guard -  Ini sangat penting bg pesakit yg mengalami gout yg sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi sedndi pesakit . Ianya sebagai langkah beerjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai produk sila refer daripada pengedar anda.