Isnin, 23 Februari 2015

KEMBALIKAN CINTA DALAM RUMAHTANGGA!!!

TESTIMONIAL  PANAS YG DITERIMA PADA LEWAT PETANG SEMALAM 22 FEBUARI 2015.

Banyak yg pm saya bertanyakan tentang masalah intim sejak kebelakangan ini.   Pelbagai persoalan yg telah di ajukan kepada saya antara soalan yg banyak saya terima ialah lemah tenaga batin...apakah yg patut dilakukan, apakah salah saya, apakah silap saya....sehinggakan ada yg sanggup bercerai berai kerana masalah ini. Mungkin ada yg malu utk berkongsi cerita dan ada yg langsung tidak mahu berkongsi cerita kerana sudah putus asa utk mencari jalan penyelesaian pada masalah ini.

Sedar ataupun tidak  masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu saja kerana ia boleh merosakkan satu hubungan kekeluargaan dalam masyarakat kita hari ini.

Antara beberapa faktor terjadinya masalah ini iaitu:-
-terdapat masalah jantung yg tidak disedari, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakkannya mampu dirawat.

- Disebabkan oleh psikologi atau fisiologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisme hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakkannya boleh dirawat.

Mati pucuk psikologi adalah dimana kegagalan tegang di sebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisiologi dan ini seringkali boleh diatasi. Dalam masalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yg jelas.

Ubat yg diberikan doktor utk merawat kencing manis , sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila ia diambil secara berterusan.

Pesakit dengan masalah jantung seringkali diberikan ubat yg mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti  Sildenafil Citrate ( Viagra), Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.

Walaubagaimanapun dengan Shaklee anda mampu mengubahnya!!!!! 

Berikut merupakan senaraivitamin yg memainkan peranan dalam mengatasi "masalah dingin" para isteri terhadap suami...terutamanya inu inu menyusu dan wanita wanita yg diambang monopouse.

*Vitamin A membantu mengawal sintesis hormon progesteron jantina, yg penting bg perasaan yg penyayang.

*Vitamin B adalah penting untuk mengawal aliran darah ke organ organ seks.

*Vitamin B1 adalah penting untuk penghantaran saraf yg optimum dan pengeluaran tenaga diseluruh badan yg adalah penting utk meningkatkan libido.

* Vitamin B3 boleh meningkatkan siram seksual, meningkatkan aliran darah kekulit dan membran mukus dan meningkatkan orgasma.

*Vitamin B6 adalah penting kerana ia mengawal prolaktin tinggi, satu nafsu penambah.

*Vitamin E dikenali sebagai Raja (atau Ratu) vitamin seks kerana mempengaruhi keinginan seks anda.

*Vitamin C adalah penting utk sintesis hormon yg terlibat dalam seks.

*Magnesium penting utk pengeluaran hormon seks dan neurotrasmitter yg memodulasi keinginan.

*Selenium adalah penting utk pengeluaran sperma dan mobiliti. Hampir separu drpd selenium didalam badan seorang lelaki adalah dalam testis dan saluran mani. Lelaki kehilangan selenium dalam air mani mereka.

*Zink diperlukan utk pengeluaran testosteron dan hormon seksual yg lain.Kandungan zink kelenjar prostat dan sperma adalah lebih tinggi daripada mana mana tisu badan yg lain.Ia adalah sama penting utk wanita.

*Asid lemak adalah blok bangunan utk pengeluaran hormon seks.Mereka juga membantu badan menyimpan vitamin yg menjaga kita aktif secara seksual dan penuh dengan keinginan.

*Vitamin D juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan keinginan seks.Pastikan anda mendapat banyak cahaya matahari kerana ini adalah salah satu sumber yg terbaik.

Kalau anda nak tahu ramai wanita diluar sana menjadi igauan suami!!!! Apakah cara yg terbaik??? Jom dapatkan tips bersama saya dengan berkongsi masalah anda dengan:-

Wassap/ telegram : 673-8969424
 Facebook/ Ig: nieza ali
Page: Rumah Vitamin
Rumahvitamin.blog.spot.com

KEPUASAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI!!!!! 
 


Jumaat, 20 Februari 2015

HINDARI KANSER DENGAN ANTIOKSIDAN SHAKLEE!!!

TAHUKAH ANDA???

 PUNCA UTAMA TERJADINYA KANSER ADALAH DISEBABKAN PEMAKANAN KITA.DALAM AL QURAN SURAH AL BAQARAH AYAT 172, ALLAH BEFIRMAN:

 

 " Hai orang orang yg beriman, makanlah diantara rezeki yg baik baik yg kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar benar kepada-Nya kamu menyembah".


 

Jelas daripada ayat ini kita perlu memakan benda yg baik baik supaya kekal sihat. Makanan yg seimbang dan kaya dengan serat (fiber), minuman yg sihat, bersenam dan mengelak daripada tabiat tabiat buruk seperti merokok serta memakan makanan yg mengandungi bahan pengawet dan pewarna  adalah antara cara kita mengamalkan gaya hidup sihat.Selain itu,turut termasuk  dalam kategori benda yg baik baik ini ialah antioksidan yg didapati daripada tumbuh tumbuhan dan buah buahan.

 

Rata rata masyarakat barat telah pun mempunyai kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dengan mengambil antioksidan, vitamin dan mineral. sehingga kini wujudnya revolusi pemikiran baru dikalangan ahli perubatan iaitu kaedah mencegah penyakit sebelum  ianya terjadi dan mengekalkan kesihatan hingga ke hari tua.

 

 

Ahli sains masa kini telah merumuskan hasil daripada kajian yg telah dijalankan bahawa pengambilan bahan antioksidan sebagai pemakanan atau nutrisi tambahan (supplement) mampu mencegah  dan menghindari kanser dari awal lagi.

 

 

Perlu kita fahami bahawa aspek pengambilan Nutrisi tambahan dan antioksidan ini hanya sebehagian daripada " cara hidup sihat". Pemakanan seimbang, bersenam dan meninggalkan tabiat buruk seperti merokok dan sebagainya juga merupakan aspek penting dalam menjaga kesihatan. 

 

Kanser adalah nama umu yg diberikan kepada 200 jenis penyakit yg berlaku akibat pertumbuhan dan penularan sel sel yg tidak normal dalam badan. Sel kanser ini akan menular kesemua organ tubuh manusia dan merosakkan fungsi normal organ organ ini dan sekiranya tidak dikawal akan membawa maut.

 Radikal bebas yg "mengganas" didalam sel dan akhirnya merosakkan bahan genetik dan DNA, molekul lemak dan protein.

Kesan daripada kerosakkan ini akan menyebabkan kesan penuaan pada kulit, penyakit degenaratif yg kronik dan juga kanser.

 

Antioksidan adalah sekumpulan bahan yg dihasilkan oleh tubuh dan juga sumber makanan utk melindungi sel tubuh daripada serangan radikal bebas. Ia bertindak secara jaringan (network) didalam tubuh manusia utk mengekalkan kesihatann dan mencegah penyakit sepanjang hayat kita. Ia akan menghalang proses pengoksidaan dan akan menelan radikal bebas, menjadikannya tidak aktif.

 

Manpukah kita mengelak daripada serangan radikal bebas ini?? Memang teramat sukar bagi kita utk mengelakkan diri dari radikal bebas ini..namun....

Berikut adalah Antioksidan yg terdapat pada Shaklee....iaitu :-

 

A) Carotomax mengandungi:-

Alpha Carotene - utk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan.

Beta Carotene - memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka, mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

Lycopene - Bersifat antioksidan, menghalang penuaan organ, utk serviks yg sihat, kitaran jantung dan sistem imun.Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.

Astaxanthin - Pigmen di dalam alga & fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon.Walaubagaimanapun Shaklee menuai karotenoid astaxathin dari mikroalga laut, sumber yg poten dan tulen, Melindungi kerosakkan oksidasi kolesterol LDL

Lutein - Menyekat katarak,AMD (age related macular disease/penyakit makular berkaitan umur), glaukoma.

Zeaxanthin - Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. mengurangkan risiko kanser payudara ovari, endometrial dan serviks.

 

B) Vitamin E dibuat dr minyak soya organik dan minyak biji gandum, yg kaya dgn Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopherol yg aktif secara fisiologi dan digabungkan dgn 8 jenis vitamin E (Alpha, Beta Gama, Delta). Ianya adalah vitamin yg lengkap dipasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yg membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu tisu otot.Ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti  raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.

 

C) Sustained Vitamin C - manfaat utama ia membentuk kolagen, memperbaiki simptom pendarahan, peningkatan sistem imun, memerangi kanser, mencantikkan kulit, memperbaiki insonmia serta mengekalkan kolesterol sihat.  

Berikut adalah satu testimonial dari pelanggan saya sendiri yg mengamalkannya selama 4 bulan. Di sahkan cyst 4 cm besarnya, perut makin membesar seperti hamil dan berat badan makin naik, Setelah mengamalkan antioksidan dan mengikuti jadual yg telah di berikan beliau telah mengalami perubahan seperti berat badan turun sebanyak 6kg, cyst mengecut dan badan pun terasa ringan mudah bergerak.

 

 

 Hanya Antioksidan yg mampu mencegah  kita semua daripada penyakit kanser dan semua penyakit degenaratif ini.

Mencegah lebih baik dari mengubatinya!!!.

Jomlah kita share bersama utk mendapatkan kesihatan yg baik sepanjang hayat kita.

Utk dapatkan keterangan lanjut sila hubungi:

Pn. Nieza

Tel: Wassap / Telegram: 673-8969424

Rumahvitamin.blog.spot.com

Fb/Ig: Niezaali

 


 

Sabtu, 14 Februari 2015

HILANG SENYUMAN GARA GARA KURANG KALSIUM DALAM BADAN!!!!


Senyuman amat penting didalam hidup anda?? Tahukah anda apakah yg membuatkan senyuman anda nampak berseri dan memikat???


Jawabnya ialah gigi. Sekiranya anda tidak mempunyai barisan gigi yg cantik, tentulah senyuman anda tidak akan berseri dan berjaya memikat orang yg memandangnya.Jadi, senyumlah dan semua orang akan turut tersenyum bersama anda!!!. Tetapi.....anda tidak akan senyum jika anda mempunyai kaviti atau gusi berdarah.Gigi anda akan menjadi kuat jika ada mineral seperti kalsium, fosforus, magnesium dan fluorida.Jadi anda perlu makan banyak makanan berkalsium seperti susu, keju,tauhu, ikan bilis dan makanan bijirin diperkuat.

Anda harus memberus gigi 3 kali sehari  utk menghalang gigi anda daripada reput.Gigi yg reput adalah sangat menyakitkan dan lama kelamaan akan tercabut. Selain memberus gigi, anda harus juga flos gigi anda,kerana ia membersihkan ruang diantara gigi anda yg tidak dapat dibersihkan dengan berus gigi biasa. Jangan makan terlalu banyak makanan manis dan bergula kerana gula menyebabkan kerosakkan gigi.Jika anda ingin menikmati snek manis, anda harus berkumur atau memberus gigi anda selepas itu. 

Ini adalah beberapa masalah yg akan dihadapi jika anda tidak menjaga gigi anda dengan baik:-

- Kaviti - Gigi anda akan reput dan lubang akan kelihatan.Walaupun ini disebabkan oleh bakteria, kekurangan kalsium dalam diet anda juga boleh menyebabkan kaviti.

-Pulpitis- Pulpa gigi anda menjadi radang dan menyebabkan sakit teruk.

-Gingivitis- Gusi anda akan menjadi bengkak dan mudah berdarah. Ada kalanya kekurangan vitamin C menyebabkan skurvi, yang mungkin menyebabkan Gingivitis.

 Bagi mengelakkan masalah masalah berikut berlaku kita hendaklah mengamalkan pemakanan yg sihat serta mengamalkan pengambilan supplement yg cukup dengan  mineral yg badan perlukan.Sempena dengan promo bulan Febuari 2015 ini anda dapat menjimatkan belanja anda untuk dapatkan set utk penjagaan gigi anda iaitu set Ostematrik....dengan belian 6 botol anda dapat 1 percuma atau belian 2 botol anda mendapat diskaun sebanyak 5%.



Berikut adalah  testimonial utk masalah masalah gigi setelah menggunakan Ostematrix telah mengalami beberapa perbezaan:


Diharapkan anda dapat info serba sedikit berkenaan dengan masalah kurang kalsium terhadap gigi kita ni. Jomlah dapatkan konsultasi percuma dengan saya utk mengetahui lebih lanjut dengan masalah gigi ni.

Dapatkan konsultasi percuma di:-
Pn. Nieza - Wassap atau telegram 673-8969424
Fb: Niezaali
Page:Rumah Vitamin
Blog: RumahVitamin.blog.spot.com


Rabu, 28 Januari 2015

KENAPA SESEORANG ITU MENDAPAT TEKANAN DARAH TINGGI!!!!




Apakah itu darah tinggi?
Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.
Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.
Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.
Apakah itu tekanan darah tinggi?
Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).
Tanda dan gejala
Tekanan darah tinggi dikenali sebagi "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang-kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak dirawat. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.
Jadi, bagaimana anda akan tahu yang anda menghidapi tekanan darah tinggi? Cara yang terbaik adalah melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun dengan kakitangan kesihatan bagi menentu dan mengesan lebih awal masalah ini.

Kenapa kita perlu memahami tekanan darah tinggi?
Kebanyakan orang yang menghidap tekanan darah tinggi tidak tahu menahu mengenainya. Anda tidak dapat merasainya dan kerana itulah ianya sangat merbahaya. Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit-penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ tertentu dalam badan.
Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang dewasa di seluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat. Di Malaysia (mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996) prevalens tekanan darah tinggi adalah sebanyak 24%.


Bagaimanakah tekanan darah diukur?
Doktor atau kakitangan kesihatan akan mengambil tekanan darah anda. Ukurannya perlu dibuat dengan betul sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Terdapat 3 peranti yang biasanya digunakan dan diterima pakai:
Alat sfigmomanometer, sama ada yang menggunakan lajur raksa atau aneroid.
Peranti elektronik yang disahkan.
Peranti tekanan darah ambulatori automatik

Langkah-langkah lain yang perlu dipatuhi untuk mendapat ukuran yang betul ialah:
Berehat selama 5 minit dan duduk dengan selesa. Tangan hendaklah terdedah dan diampu pada meja atau permukaan yang rata pada paras jantung.
Jangan mengambil minuman yang mengandungi kafein atau merokok 30 minit sebelum prosedur ini.
Jangan melakukan aktiviti/kerja yang berat sebelum tekanan darah diambil.

Tekanan darah tinggi tidak boleh didiagnoskan dengan hanya mengambil ukuran sekali sahaja. Ia perlu disahkan dalam masa sebulan. Walau bagaimanapun, jika tedapat faktor-faktor risiko yang lain seperti penyakit organ tertentu atau diabetes, rawatan hendaklah diberi tanpa berlengah-lengah.

Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi?
Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung atau angin ahmar (strok) pada usia muda. Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan. Bagaimanapun sesetengah faktor risiko ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya.
Terdapat beberapa faktor yang boleh dikawal dan ada juga faktor yang di luar kawalan anda. Perhatikan senarai yang tercatat di bawah ini dan lakukan sesuatu untuk menurunkan tekanan darah anda.

Faktor yang anda boleh kawal
Berhenti merokok- untuk mencegah penyempitan saluran darah anda
Senaman- boleh membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan darah.7 Memakan makanan rendah lemak dan seimbang - untuk mengawal berat badan7 Kurangkan pengambilan alkohol - alkohol meningkatkan tekanan darah anda7 Kurangkan pengambilan garam - natrium boleh meningkatkan tekanan darah.7 Kurangkan stres - tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah. 7 Pil perancang keluarga - sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.
Memakan makanan rendah lemak dan seimbang- untuk mengawal berat badan
Kurangkan pengambilan alkohol- alkohol meningkatkan tekanan darah anda
Kurangkan pengambilan garam- natrium boleh meningkatkan tekanan darah.
Kurangkan stres- tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah.
Pil perancang keluarga- sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.

Faktor di luar kawalan anda
Jantina- kaum lelaki lebih mudah mendapat tekanan darah tinggi
Umur- darah tinggi meningkat mengikut umur
Bangsa- kajian telah menunjukkan sesetengah kaum/bangsa lebih mudah mendapat penyakit ini.
Keturunan- risiko mendapat tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi
Diabetes- bagaimana diabetes membawa kepada sakit jantung masih belum jelas, tetapi kita tahu bahawa diabetes mencetuskan pembentukan aterosklerosis yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan mengurangkan peredaran darah ke bahagian kaki.

Itu adalah sedikit info berkenaan dengan penyakit darah tinggi yg makin meningkat di negara kita pada masa ini. Bagi mengelakkan penyakit ini berleluasa kita mampu mencegahnya dengan mengamalkan cara hidup yg sihat. Walaubaimanapun bak kata pepatah"sediakan payung sebelum hujan".

Salah satu langkah selain dari mengamalkan hidup yg sihat kita juga dapat mencegahnya dengan pengambilan supplement yg bersesuaian dengan masalah ini juga. Kombinasi produk yg terdapat di dalam Shaklee juga dapat membantu utk masalah ini.


Untuk maklumat lanjut anda bole mendapatkan info dan konsultasi percuma bersama saya:-

Nieza
Msg/ Wassap/telegram: 673-8969424 / 011-14054904
Email: nurniezaha@gmail.com

Sabtu, 24 Januari 2015

TRIP MISI BANTUAN BANJIR KE KELANTAN PADA 7-12 JANUARI 2015

Salam semua....
Lama saya tak update blog ni memandangkan negara sendiri dilanda musibah maka saya dan suami mengambil keputusan untuk membantu serba sedikit bg meringankan beban mangsa mangsa banjir yg berada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Keadaan agak kelam kabut sedikit pasal tak de pengalaman sangat dalam bidang ni. Apapun saya sekeluarga bersyukur sangat banyak kawan- kawan, pelanggan serta sahabat handai bagi sokongan utk misi kami ke sana kali ini. Kami amat terharu sangat ada pelbagai lapisan orang yg datang kerumah utk membantu kelengkapan kami untuk dibawa kesana.

Gambar diatas merupakan barang barang yg kami bawa dari Brunei untuk Misi kali ni. Alhamdulilah semuanya dapat dibawa dengan baik diatas bantuan kawan kawan di sini. Pelbagai barang yg kami bawa dari sini seperti Al-Quran, Telekung, Sejadah, Jubah dan pelbagai lagi. Semua barang tersebut adalah dari sumbangan sahabat handai Hubby dan semua yg mengenali kami.... .
Pada 7hb pagi kami berangkat ke Kuala Lumpur bagi menyelesaikan amanah penderma kepada mangsa mangsa di Malaysia.


  Gambar diatas adalah lakaran baju team kami yg kami pakai semasa Misi Bantuan kali ni. ( If ada yg berminat anda boleh membuat tempahan dengan kami).

Gambar diatas adalah "Team" kami keseluruhan tulang belakang jgak yg menjadi nadi kami untuk bergerak dalam Misi kali ini.

Pada 8hb Januari misi kami masih sibuk menyiapkan barang barang keperluan utk dibawa ke sana esok. Sana sini sibuk mencari keperluan yg lain. Walaupun banyak rintangan namun Team kami masih bersemangat untuk mencari barang barang keperluan lain risau pulak takut tak cukup plak....







Gambar gambar diatas adalah sewaktu misi mencari barang barang utk dibawa ke Misi pada esok hari.




Pada tanggal 9hb pagi kami mulakan dengan memuatkan barang barang kedalam lori dan kereta kereta lain jgak.Alhamdulilah pada pukul 2 petang baru kami dapat bertolak ke Kelantan.


Perjalanan kami agak memakan masa yg panjang memandangkan cuaca yg masih hujan dan tak menentu. Kami terpaksa meredah banjir kat  Bentong dan salah sebuah transport mengalami tayar pecah semasa perjalanan melalui jalan ke Gua Musang.




Alhamdulilah awal pagi kami sampai ke destinasi pertama iaitu rumah abang angkat saya Ustaz Abang Ayub kat Gua Musang. Rumahnya turut terkena dengan musibah ini.Sedikit sumbangan turut kami agihkan disini.


Ini adalah sebahagian gambar yg diambil sewaktu kami berada di rumah Ustaz Ayub. Selesai dari sana kami meneruskan perjalanan kami ke Kuala Krai Kelantan.
Hampir pukul 2 .45 pagi kami sampai kesana.
Sewaktu kami sampai disana keadaan disana masih bergelap kerana bekalan elektrik masih belum pulih. Hanya menggunakan beberapa batang lilin saja yg ada, alhamdulilah kami turut membawa sedikit bekalan utk dikongsi bersama keluarga kami disana.






Beberapa gambar diatas adalah sewaktu kami meyusun semula barang barang di tempat penginapan kami dan ada yg kami agihkan terus di Kampung berkenaan iaitu Kg Sok di Kuala Krai.


















Berikut adalah beberapa gambar tempat tempat yg kami sempat singgah dan gambar team kami.Alhamdulilah semua  amanah yg diberikan dapat diselesaikan dengan sempurna.Hati menjadi sayu apabila melihat keadaan mereka disana, terasa terlalu sedikit yg dapat kami bantu. Walaubagaimanapun syukur alhamdulilah sepanjang perjalanan pulang kami ke Kuala Lumpur kami sempat berselisih dengan bantuan bantuan dari luar turut menuju kesana.

Sesungguhnya apa yg berlaku ini ada hikmahnya, Allah mahu umatnya bersatu untuk menempuhi ujian ini. Insyallah dengan pengalaman yg kami lalui akan dapat sama sama muhasabah diri dari apa yg telah berlaku.

Semoga mereka tabah menghadapi ujian yg diberikan, Allah menguji umatnya kerana Allah menyayangi kita semua. Sesungguhnya Allah tidak pernah kejam. Kita sebagai umatnya mestilah redha akan ketentuan yg diberikan.Semoga kita semua dirahmati....Amin.