Apakah itu darah tinggi?
Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila
darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam
saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang
diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.
Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka
di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam
darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur
tekanan apabila jantung berehat.
Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa
tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa
beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.
Apakah itu tekanan darah
tinggi?
Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi
atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak
menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan
itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah
untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut
dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini
dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat
untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang
demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg
untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik,
walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah
saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau
strok (angin ahmar).
Tanda dan gejala
• Tekanan darah tinggi
dikenali sebagi "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan
sebarang gejala. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan
kadang-kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak dirawat.
Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.
• Jadi, bagaimana anda akan
tahu yang anda menghidapi tekanan darah tinggi? Cara yang terbaik adalah
melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun dengan kakitangan kesihatan
bagi menentu dan mengesan lebih awal masalah ini.
Kenapa kita perlu memahami
tekanan darah tinggi?
Kebanyakan orang yang menghidap tekanan darah
tinggi tidak tahu menahu mengenainya. Anda tidak dapat merasainya dan kerana
itulah ianya sangat merbahaya. Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi
mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit-penyakit
kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ tertentu dalam badan.
Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian
biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang
dewasa di seluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga
turut terlibat. Di Malaysia (mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996)
prevalens tekanan darah tinggi adalah sebanyak 24%.
Bagaimanakah tekanan darah diukur?
Doktor atau kakitangan kesihatan akan
mengambil tekanan darah anda. Ukurannya perlu dibuat dengan betul sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung. Terdapat 3 peranti yang biasanya
digunakan dan diterima pakai:
• Alat sfigmomanometer, sama
ada yang menggunakan lajur raksa atau aneroid.
• Peranti elektronik yang
disahkan.
• Peranti tekanan darah
ambulatori automatik
Langkah-langkah lain yang perlu dipatuhi
untuk mendapat ukuran yang betul ialah:
• Berehat selama 5 minit dan
duduk dengan selesa. Tangan hendaklah terdedah dan diampu pada meja atau
permukaan yang rata pada paras jantung.
• Jangan mengambil minuman
yang mengandungi kafein atau merokok 30 minit sebelum prosedur ini.
• Jangan melakukan
aktiviti/kerja yang berat sebelum tekanan darah diambil.
Tekanan darah tinggi tidak boleh didiagnoskan
dengan hanya mengambil ukuran sekali sahaja. Ia perlu disahkan dalam masa
sebulan. Walau bagaimanapun, jika tedapat faktor-faktor risiko yang lain
seperti penyakit organ tertentu atau diabetes, rawatan hendaklah diberi tanpa
berlengah-lengah.
Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi?
Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi
sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar
belakang keluarga mengalami serangan jantung atau angin ahmar (strok) pada usia
muda. Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan seperti kecenderungan
menghidap darah tinggi atau kegemukan. Bagaimanapun sesetengah faktor risiko
ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka
memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya.
Terdapat beberapa faktor yang boleh dikawal
dan ada juga faktor yang di luar kawalan anda. Perhatikan senarai yang tercatat
di bawah ini dan lakukan sesuatu untuk menurunkan tekanan darah anda.
Faktor yang anda boleh
kawal
• Berhenti merokok- untuk
mencegah penyempitan saluran darah anda
• Senaman- boleh membantu
menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan darah.7 Memakan makanan rendah
lemak dan seimbang - untuk mengawal berat badan7 Kurangkan pengambilan alkohol
- alkohol meningkatkan tekanan darah anda7 Kurangkan pengambilan garam -
natrium boleh meningkatkan tekanan darah.7 Kurangkan stres - tekanan mental
atau stres boleh meningkatkan tekanan darah. 7 Pil perancang keluarga - sering
dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.
• Memakan makanan rendah
lemak dan seimbang- untuk mengawal berat badan
• Kurangkan pengambilan
alkohol- alkohol meningkatkan tekanan darah anda
• Kurangkan pengambilan
garam- natrium boleh meningkatkan tekanan darah.
• Kurangkan stres- tekanan
mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah.
• Pil perancang keluarga-
sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.
Faktor di luar kawalan
anda
• Jantina- kaum lelaki lebih
mudah mendapat tekanan darah tinggi
• Umur- darah tinggi
meningkat mengikut umur
• Bangsa- kajian telah
menunjukkan sesetengah kaum/bangsa lebih mudah mendapat penyakit ini.
• Keturunan- risiko mendapat
tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi
• Diabetes- bagaimana
diabetes membawa kepada sakit jantung masih belum jelas, tetapi kita tahu
bahawa diabetes mencetuskan pembentukan aterosklerosis yang boleh meningkatkan
risiko serangan jantung, angin ahmar dan mengurangkan peredaran darah ke
bahagian kaki.
Itu
adalah sedikit info berkenaan dengan penyakit darah tinggi yg makin
meningkat di negara kita pada masa ini. Bagi mengelakkan penyakit ini
berleluasa kita mampu mencegahnya dengan mengamalkan cara hidup yg
sihat. Walaubaimanapun bak kata pepatah"sediakan payung sebelum hujan".
Salah satu langkah selain dari mengamalkan hidup yg sihat kita juga dapat mencegahnya dengan pengambilan supplement yg bersesuaian dengan masalah ini juga. Kombinasi produk yg terdapat di dalam Shaklee juga dapat membantu utk masalah ini.
Salah satu langkah selain dari mengamalkan hidup yg sihat kita juga dapat mencegahnya dengan pengambilan supplement yg bersesuaian dengan masalah ini juga. Kombinasi produk yg terdapat di dalam Shaklee juga dapat membantu utk masalah ini.
Untuk maklumat lanjut anda bole mendapatkan info dan konsultasi percuma bersama saya:-
Nieza
Msg/ Wassap/telegram: 673-8969424 / 011-14054904
Email: nurniezaha@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan