Selamat menjadi ibu buat para ibu baru.. :D buat yang akan menempuh alam keibuan ni.. saya ucapkan selamat datang :D
Bengkak
susu?? herm.. sakit mendengarnya, apa lagi menanggungnya... okeh,
sebenarnya bengkak susu adalah tanda positif yang payu dara menghasilkan
susu untuk bayi. Biasanya bengkak ini akan terjadi pada waktu tengah
malam hingga subuh. Namun ada juga yang terjadi pada waktu siang
(mungkin kerana, tidak menyusukan bayi dengan secukupnya, atau terlupa /
melengahkan waktu mengepam susu.. Bagi ibu yang bekerja, amalan
mengepam susu seharusnya membantu mengurangkan bengkak susu..
Saya selalu juga terjadi bengkak susu pada penyusuan anak pertama dulu . Tetapi pada penyusuan anak kedua ni, saya lebih berhati-hati agar terhindar dari bengkak susu. Alhamdulillah.. setakat ini bengkak yang pernah saya alami untuk penyusuan anak kedua tidak seteruk anak pertama dulu.
Biasanya
jika bengkak susu sudah terjadi, mengepam payu dara bukanlah satu idea
yang baik. Kenapa?? kerana waktu itu, payu dara sudah mengeras dan kita
akan cepat rasa sakit jika tersentuh.. Malah saluran susu seakan
tersumbat, susu tidak akan keluar dengan banyak. Oleh itu ada beberapa
cara lain yang lebih sesuai untuk mengurangkan bengkak susu ini. (cara
yang paling baik adalah melalui hisapan langsung daripada bayi).
Selain
daripada hisapan secara langsung daripada bayi. apa kata jika kita cuba
beberapa tip dan petua untuk kurangkan bengkak susu ini : Saya sertakan
10 tip dan petua yang sama-sama kita boleh cuba.. Insyallah, dapat
membantu :D
- Bra sokongan : Pastikan kita mengenakan bra menyusu yang dapat menyokong payu dara pada waktu malam. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat ya..
- Susukan bayi dengan kerap, selang 2 - 3 jam sekali. Kalau baby tidur, tidak salah untuk mengejutkan bayi agar menyusu... ya, memang macam kepenatan pada waktu malam untuk bangun menyusu, tetapi ia lebih baik daripada terjadinya bengkak susu kan... :D Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara.. (mulakan dengan sebelah - hisap hingga habis, dan beralihlah ke sebelah lagi) .. untuk penyusuan berikutnya, mulakan dengan penyusuan pada sebelah yang terakhir.. pastikan seimbang yea..
- Jika bengkak, mungkin bayi agak susah untuk menyusu dengan betul, lekapan pada areola mungkin sukar.. jadi cuba perah dengan tangan / pam susu perlahan-lahan agar areola menjadi sedikit lembut. Dengan itu, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul..
- Boleh juga menggunakan tuala yang di tuam dengan air panas.. Air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi di dada.. Atau boleh juga mandi air suam.. Insyallah, boleh.. saya selalu juga tuam / mandi air suam kita saya alami bengkak susu..
- Ketika baby tengah menyusu, apa kata kalau kita urut payu dara yang di hisap baby tadi perlahan-lahan, ianya akan membantu pengeluaran susu.. ia akan melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu itu sendiri
- Jika payu dara terlalu penuh, apa kata pam ia secepat yang mungkin. Jangan tunggu hingga ia mula membengkak... bagus juga menyepam ni.. boleh tambahkan stok susu kita :D.. Susu yang berlebihan, tidak memudaratkan jika kita pam ia keluar.. malah ia akan menyihatkan kita.. kan dah terhindar dari bengkak :).. yang penting untuk kita tahu, penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika ibu mengepam lebih daripada keperluan bayi.. atau juga ibu bekerja.. jadi sebab itu baik untuk kita sediakan jadual mengepam yang konsisten.
Salah satu testimonial dari pelanggan sy hari ni....
Dan beberapa testimonial yg lain...
Berminat??? Sila hubungi Rumah Vitaminku 673-8969424...wassap atau telegram...Kepuasan Anda Adalah Keutamaan Kami...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan