Isnin, 15 Disember 2014

KHASIAT PUDINA DI DALAM PEPPERMINT GINGER!!!!


18 Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina

  • Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman


  • Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus


  • Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh


  • Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. 


  • Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan. 


  • Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda. 


  • Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.


  • Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda. 


  • Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.


  • Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut. 


  • Penyelidikan menunjukkan pudinamenghalang pe memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat pembentukan fungsi tumor.


  • Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.


  • Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan. 


  • Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.


  • Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada. 


  • Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit. .


  • Teh pudina adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).
    Begitu banyak khasiat daun pudina kepada kita mungkin ada yg dapat mengamalkannya selalu tetapi ada yg tak boleh langsung baunya.  Apa yg bagusnya di dalam kandungan Peppermint Ginger Shaklee turut terdapat daun pudina jadi ia dapat memudahkan kita mengamalkannya.Kalau pun kita dapat membeli di pasar atau menanam sendiri tetapi daun pudina tak mampu disimpan terlalu lama, khasiatnya pasti berubah kalau terlalu lama dibiarkan didalam peti ais. So anda bole menggantikkannya dengan Peppermint Ginger Shaklee.

    Jomdapatkan tipsnya bersama saya khususnya buat mereka yg bermasalah dalam perut dan mengalami muntah2 ketika hamil. Kepuasan Anda Adalah Keutamaan Kami....

Rabu, 10 Disember 2014

Apa Perbezaan Kolagen Powder Shaklee dengan Jenama Kolagen lain?

Tahukah anda antara sumber kolagen terbaik ialah kolagen ikan laut dalam, kerana mempunyai nilai protein yg tinggi dan jauh daripada pencemaran. Setakat ini sumber collagen yg terdapat pada ikan ialah sisik ikan atau kulit ikan yg mana kolagen ini adalah salah satu kandungan yg terdapat byk produk supplement kecantikkan.

Collagen kulit ikan merah  adalah yg terbaik dan tahan lasak, kepaduan sel yg sangat tinggi serta tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan. Kelebihannya ia berfungsi untuk mudah diserap kedalam tubuh kita. Ia sangat mudah dihadamkan dan membantu membentuk semula kolagen yg kian menyusut pada bahagian sendi, tulang kulit dan lain lain.Kajian menunjukkan pengambilan dalam masa yg lama turut membantu meredakan Osteoathritis, Osteoporosis dan arteriousclerosis. Kajian klinikal awal juga menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yg betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

 Perbezaan Collagen Powder Shaklee dengan Jenama Lain???

 

Collagen Powder Shaklee adalah supplement kolagen yg unggul, mengandungi 4,000mg kolagen RSS (sisik ikan merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yg diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular sekitar 1000 Dalton ( berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

 


 1. Kolagen dari sisik ikan merah- sumber kolagen yg mempunyai kadar penyerapan yg tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.

2.Biji Camelia Japonica - Sebagai pelembap kulit yg unggul!!

3.Elastin dari kolagen Ikan - Menjadikan kulit tegang, anjal dan elastik!!!

4.Lactobacillus Acidophilus - Membina sistem usus yg sihat dan untuk penyerapan kolagen.

5.Vitamin C dan Vitamin B - Menggalakkan penghasilan kolagen dan membebaskan tenaga untuk menghasilkan kolagen dalam sel badan!!.

6. Ekstrak Kekerang - Membekalkan pelincir pada sendi.

7.Ekstrak Pfaffia - Menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin!!. 


Harga setanding dengan khasiatnya!! Memang berbaloi dan jimat sangat2 dengan promo yg sedang berjalan pada masa ini beli 3 dapat 1...set lengkap utk badan kita...

 

Jom dapatkan tips dan konsultasi percuma bersama saya, jgn lepaskan peluang utk mendapatkan "specialgift" dari saya sempena promo yg berlangsung pada masa ini. 


Layari fb sy Niezaali atau telegram / wassap ke 673-8969424...


Selasa, 9 Disember 2014

RAHSIA KHASIAT BAYAM....SUNGGUH LUAR BIASA...


Tahukah Anda Bayam menjadi salah satu sayuran bervitamin yg sudah tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Dari fizikalnya ia berdaun hijau dan memiliki lebar daun yg besar dengan batang tidak begitu tinggi. Harganya murah dan mudah didapati . Meskipun begitu bayam memiliki beberapa khasiat yg sangat istimewa dan banyak org tidak mengetahuinya....

Satu kajian telah mendapati bayam memiliki berbagai kandungan nutrisi yg di perlukan oleh tubuh kita. Berbagai nutrisi dan vitamin yg terkandung dalam bayam iaitu sumber Vitamin A dan K, mangan, folat,magnesium,serat, kalsium dan protein serta rendah kalori.Berbagai kandungan nutrisi tersebut menjadikan bayam menjadi salah satu makanan bernutrisi lengkap yg ada di bumi ini. Namun, tak lengkap rasanya tanpa mengetahui berbagai khasiat bayam utk tubuh kita.

Beberapa khasiat bayam yg sangat istimewa:-

A) Pencegah kanser yg sangat berkesan. Kandungan flavanoid dpt mencegah kanser seperti kanser payudara dan kanser prostat.

B) Nutrisi sempurna untuk jantung.Kandungan vitamin yg terdapat dalam bayam iaitu vitamin A,C, folat serta magnesium.

C) Meningkatkan memori otak. Kandungan nutrisi yg terdapat dalam bayam dapat meningkatkan kemampuan memori dan mengingatkan otak lebih baik.

D)Penglihatan yg lebih baik. Bayam merupakan sumber vitamin A dan Lutein (salah satu karotenoid) dapat membantu mata dan mencegah katarak.

E)Membantu organ pencernaan. Kandungan serat yg tinggi dalam bayam sgt efektif menyihatkan organ pencernaan.

F)Menutrisi tulang dan sendi.Mampu menguatkan tulang pada tubuh.

G)Membuatkan tubuh tidak mudah keletihan.

Walaubagaimanapun mampukah kita mengamalkan menu yg sama setiap hidangan yg kita ambil setiap hari. Pastinya tidak kan????

Tahukah anda 1 biji (400IU) Vitamin E bersamaan dengan 1 kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8 kg bayam dan 500g badam???

Hanya dengan mengamalkan sebiji Vit E Shaklee kita mampu utk membantu sel sel sihat melawan radikal bebas!!!

Jom dapatkan penerangan percuma bersama saya...


Sabtu, 6 Disember 2014

SANGGUP REDAH DEMI SHAKLEE!!!


Alhamdulilah setelah melalui perlbagai rintangan, saya selamat sampai ke destinasi dengan selamat. Tujuan dan niat hanyalah satu untuk mendalami lebih lagi di dalam bidang ini dan berkongsi bersama anda apakah matlamat kami yg sebenarnya.

Kami bukanlah sekadah pengedar Shaklee yg tahu menjual produk saja malah kami telah dilatih dengan ilmu2 yg amat berguna untuk membantu anda supaya hidup dengan lebih sihat.

Dalam  perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu semalam sempat ambil gambar signboard Shaklee di Highway Utara Selata semalam.

Alhamdulilah Shaklee lebih dikenali sekarang.


Sempat singgah juga di Johor Premium Outlets semalam....alhamdulilah...

 
Tepat pukul 6 petang pada 5/12/2014 saya selamat sampai di Grand BlueWave.....Alhamdulilah....Dan esok pagi saya akan menjalani Product Workshop disini...semoga dengan ilmu yg diberikan akan membawa perubahan pada diri saya  untuk membantu mereka yg memerlukan...insyallah...Kepuasan Anda Adalah Kepuasan Kami.....

Isnin, 1 Disember 2014

ESP MEMPUNYAI NILAI INDEKS GLISEMIK YG RENDAH, KENAPA PENTINGNYA NILAI GLISEMIK INDEKS INI KEPADA KITA???




"Terlalu banyak kelebihan ESP yang mungkin anda sudah pun tahu kan?? Pasti ramai yg sudah teruja untuk mencubanya kan?? dan disini saya nak tambah lagi satu  yg pasti membuat anda lebih teruja"......................................

Tahukah anda bahawa ESP mempunyai  Indeks Glisemik yg rendah!!. Indeks glisemik adalah ukuran kecepatan makanan diserap menjadi gula dalam darah.Semakin tinggi indeks glisemik dalam makanan, semakin cepat kesan terhadap kenaikan gula dalam darah. Oleh itu, ESP ini sangatlah bagus bagi mengawal gula dalam darah sebab glisemiknya sangatlah rendah iaitu 39 sahaja!!.  Jom kita tengok draft di bawah:-







daripada perbandingan jelas kelihatah kita hanya memerlukan makanan atau supplement yg mempunyai glisemik yg rendah supaya gula dapat dilepaskan secara berperingkat didalam darah. Oleh itu tenaga dihasilkan didalam badan juga secara berperingkat  dan berterusan sehingga beberapa jam.

Pengambilan berterusan ESP dalam diet seharian kita INSYALLAH mampu mengawal diet kita.Daripada diet yg sihat inilah akan memberikan kita kesihatan jangka panjang yg tidak ternilai harganya!!!

Anda sayangkan diri anda dan keluarga??? Dan pastinya kita mahu sihat di hari muda dan tua betul tak?? 

Jom kita cuba mengamalkan ESP Shaklee yg pastinya dijamin selamat utk diamalkannya serta halal.

Dapatkan keterangan lanjut bersama saya Pn. Nieza ditalian 673-8969424.

Kepuasan Anda Adalah Keutamaan Kami!!! 

Isnin, 24 November 2014

Rahsia Disebalik Sakit Sendi



Anda Pernah mengalami sakit sakit seperti di dalam gambar yg tertera diatas?????

Sendi sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan,punggung, lutut,buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.

 Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakkan. Sakit sendi terjadi  dikalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan  kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yg lain.

Sebab Sebab Sakit SendiKebanyakkan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakkan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan. 

  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yg terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yg berat, mengangkat berat, postur yg tidak elok, kecederaan  atau pergerakkan tidak betul.    

  • Berat badan berlebihan     
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Kecederaan ( Kemalangan, bersukan  dan sebagainya).
  •  Penyakit sendi seperti artritis.
  •  Sakit dari pakar saraf ( seperti saraf yg terhimpit).  
  •  Penyakit tulang.
  •  Ketumbuhan.
  •  Jangkitan kuman.
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya.
  • penyakit kronik.
  • Ubat - ubatan.

 Rawatan

Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh penyakit serius:-

  • Sakit ringan akan reda dgn langkah langkah mudah seperti merehatkan sendi tersebut secukupnya contohnya dgn penggunaan "Splint" ( Pengampu ).
  • Kerap mengenakan 'cold pack' ( contoh ais yg dilpat dalam tuala ) pada sendi yg tercedera sekurang kurangnya 30 minit utk mengurangkan bengkak dan kemerahan (keradangan).
  • Selepas beberapa hari , selangkan penggunaan pek sejuk dan panas. Urut secara lembut juga boleh membantu.
  • Kenakan pek panas utk meringankan ketegangan sendi.
  • Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol atau ubatan jenis 'non-steroidal anti -inflammatory (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh terdapat di farmasi.
  • Kurangkan berat badan.
  •  Guna kasut bertumit rendah.
  • Dapatkan rawatan bg penyakit khusus.
Pencegahan
  •  Postur - elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok.
  • Tidur diatas tilam yg keras.
  • Elakkan mengangkat barang berat.
  • Kerap bersenam - elok utk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar.
  • Pengurangan berat badan boleh membantu.
  • Mengamalkan rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yg lama.
  • Menangani tekanan.

 Untuk rawatan alternatif lain anda  boleh mengekalkan sendi sendi yg kuat, fleksibel dan mudah bergerak dengan Advance Jointh Health Tablet yg sentiasa menyokong kesihatan sendi yg berpanjanjangan.


Advance Jointh Health Tablet mengandungi ekstrak inique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C utk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakkan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan bahan berasaskan mineral, Shaklee Jointh Health Tablet ialah formula sayur sayuran 100%.




1.Ekstrak Boswellia -adalah gum resin dari pokok Boswellia Serrate. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda utk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya.Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswellik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswellik) yg berfungsi sebagai anti radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dgn menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yg menyebabkan ketidakselesaan sendi.


2.Ekstrak jagung - membekalkan satu sumber yg pekat dengan glukosamina yg berfungsi utk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.Glukosamina adalah blok binaan utama bg membina tulang rawan dan lendir bg melicinkan sendi. glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yg dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yg menunjukkan yg supplement ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakkan bebas dan menjadi sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun tahun juga mengesyorkan yg supplement ekstark jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa yg panjang.
3.Memelihara tisu  penyambung yg sihat - Zink, tembaga, Mangan dan Vitamin C membekalkan sokongan nutrien utk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yg memberikan kekuatan dan sruktur terhadap sendi.
Berikut adalah salah satu testimoni Advance Jointh Health Tablet.....


Sabtu, 22 November 2014

Punca Penyakit Gout Dan Penawarnya








Salam semua.....banyak yg pm sy bertanyakan tentang masalah gout sejak akhir akhir ini, disini sy akan menerangkan serba sedikit berkenaan dengan masalah gout serta penawarnya.

Apa sebenarnya penyakit gout?
 Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar. Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati.

Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil. Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi . Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure ). Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout. Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah. Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik.

Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah. Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat kerana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout.. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak. Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.

  Rawatan Tradisional

1.)Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.

 2.)Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

  Cadangan untuk melegakan kesakitan Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang biasa untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik (punca penyakit gout) dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan (pek air suam). Bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri. 


Set Shaklee utk Gout.


 1.Alfafa - untuk menyingkirkan toksin secara lembut dari badan dan menurunkan bacaan urid asid. Namun pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak.

2. Perfomance Drink -  memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai  kandungan air dan gula yg cukup agar tidak dehydrate.

3. Omega Guard -  Ini sangat penting bg pesakit yg mengalami gout yg sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi sedndi pesakit . Ianya sebagai langkah beerjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai produk sila refer daripada pengedar anda.