Rabu, 28 Januari 2015

KENAPA SESEORANG ITU MENDAPAT TEKANAN DARAH TINGGI!!!!




Apakah itu darah tinggi?
Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.
Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.
Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.
Apakah itu tekanan darah tinggi?
Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).
Tanda dan gejala
Tekanan darah tinggi dikenali sebagi "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang-kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak dirawat. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.
Jadi, bagaimana anda akan tahu yang anda menghidapi tekanan darah tinggi? Cara yang terbaik adalah melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun dengan kakitangan kesihatan bagi menentu dan mengesan lebih awal masalah ini.

Kenapa kita perlu memahami tekanan darah tinggi?
Kebanyakan orang yang menghidap tekanan darah tinggi tidak tahu menahu mengenainya. Anda tidak dapat merasainya dan kerana itulah ianya sangat merbahaya. Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit-penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ tertentu dalam badan.
Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang dewasa di seluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat. Di Malaysia (mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996) prevalens tekanan darah tinggi adalah sebanyak 24%.


Bagaimanakah tekanan darah diukur?
Doktor atau kakitangan kesihatan akan mengambil tekanan darah anda. Ukurannya perlu dibuat dengan betul sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Terdapat 3 peranti yang biasanya digunakan dan diterima pakai:
Alat sfigmomanometer, sama ada yang menggunakan lajur raksa atau aneroid.
Peranti elektronik yang disahkan.
Peranti tekanan darah ambulatori automatik

Langkah-langkah lain yang perlu dipatuhi untuk mendapat ukuran yang betul ialah:
Berehat selama 5 minit dan duduk dengan selesa. Tangan hendaklah terdedah dan diampu pada meja atau permukaan yang rata pada paras jantung.
Jangan mengambil minuman yang mengandungi kafein atau merokok 30 minit sebelum prosedur ini.
Jangan melakukan aktiviti/kerja yang berat sebelum tekanan darah diambil.

Tekanan darah tinggi tidak boleh didiagnoskan dengan hanya mengambil ukuran sekali sahaja. Ia perlu disahkan dalam masa sebulan. Walau bagaimanapun, jika tedapat faktor-faktor risiko yang lain seperti penyakit organ tertentu atau diabetes, rawatan hendaklah diberi tanpa berlengah-lengah.

Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi?
Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung atau angin ahmar (strok) pada usia muda. Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan. Bagaimanapun sesetengah faktor risiko ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya.
Terdapat beberapa faktor yang boleh dikawal dan ada juga faktor yang di luar kawalan anda. Perhatikan senarai yang tercatat di bawah ini dan lakukan sesuatu untuk menurunkan tekanan darah anda.

Faktor yang anda boleh kawal
Berhenti merokok- untuk mencegah penyempitan saluran darah anda
Senaman- boleh membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan darah.7 Memakan makanan rendah lemak dan seimbang - untuk mengawal berat badan7 Kurangkan pengambilan alkohol - alkohol meningkatkan tekanan darah anda7 Kurangkan pengambilan garam - natrium boleh meningkatkan tekanan darah.7 Kurangkan stres - tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah. 7 Pil perancang keluarga - sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.
Memakan makanan rendah lemak dan seimbang- untuk mengawal berat badan
Kurangkan pengambilan alkohol- alkohol meningkatkan tekanan darah anda
Kurangkan pengambilan garam- natrium boleh meningkatkan tekanan darah.
Kurangkan stres- tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah.
Pil perancang keluarga- sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.

Faktor di luar kawalan anda
Jantina- kaum lelaki lebih mudah mendapat tekanan darah tinggi
Umur- darah tinggi meningkat mengikut umur
Bangsa- kajian telah menunjukkan sesetengah kaum/bangsa lebih mudah mendapat penyakit ini.
Keturunan- risiko mendapat tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi
Diabetes- bagaimana diabetes membawa kepada sakit jantung masih belum jelas, tetapi kita tahu bahawa diabetes mencetuskan pembentukan aterosklerosis yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan mengurangkan peredaran darah ke bahagian kaki.

Itu adalah sedikit info berkenaan dengan penyakit darah tinggi yg makin meningkat di negara kita pada masa ini. Bagi mengelakkan penyakit ini berleluasa kita mampu mencegahnya dengan mengamalkan cara hidup yg sihat. Walaubaimanapun bak kata pepatah"sediakan payung sebelum hujan".

Salah satu langkah selain dari mengamalkan hidup yg sihat kita juga dapat mencegahnya dengan pengambilan supplement yg bersesuaian dengan masalah ini juga. Kombinasi produk yg terdapat di dalam Shaklee juga dapat membantu utk masalah ini.


Untuk maklumat lanjut anda bole mendapatkan info dan konsultasi percuma bersama saya:-

Nieza
Msg/ Wassap/telegram: 673-8969424 / 011-14054904
Email: nurniezaha@gmail.com

Sabtu, 24 Januari 2015

TRIP MISI BANTUAN BANJIR KE KELANTAN PADA 7-12 JANUARI 2015

Salam semua....
Lama saya tak update blog ni memandangkan negara sendiri dilanda musibah maka saya dan suami mengambil keputusan untuk membantu serba sedikit bg meringankan beban mangsa mangsa banjir yg berada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Keadaan agak kelam kabut sedikit pasal tak de pengalaman sangat dalam bidang ni. Apapun saya sekeluarga bersyukur sangat banyak kawan- kawan, pelanggan serta sahabat handai bagi sokongan utk misi kami ke sana kali ini. Kami amat terharu sangat ada pelbagai lapisan orang yg datang kerumah utk membantu kelengkapan kami untuk dibawa kesana.

Gambar diatas merupakan barang barang yg kami bawa dari Brunei untuk Misi kali ni. Alhamdulilah semuanya dapat dibawa dengan baik diatas bantuan kawan kawan di sini. Pelbagai barang yg kami bawa dari sini seperti Al-Quran, Telekung, Sejadah, Jubah dan pelbagai lagi. Semua barang tersebut adalah dari sumbangan sahabat handai Hubby dan semua yg mengenali kami.... .
Pada 7hb pagi kami berangkat ke Kuala Lumpur bagi menyelesaikan amanah penderma kepada mangsa mangsa di Malaysia.


  Gambar diatas adalah lakaran baju team kami yg kami pakai semasa Misi Bantuan kali ni. ( If ada yg berminat anda boleh membuat tempahan dengan kami).

Gambar diatas adalah "Team" kami keseluruhan tulang belakang jgak yg menjadi nadi kami untuk bergerak dalam Misi kali ini.

Pada 8hb Januari misi kami masih sibuk menyiapkan barang barang keperluan utk dibawa ke sana esok. Sana sini sibuk mencari keperluan yg lain. Walaupun banyak rintangan namun Team kami masih bersemangat untuk mencari barang barang keperluan lain risau pulak takut tak cukup plak....







Gambar gambar diatas adalah sewaktu misi mencari barang barang utk dibawa ke Misi pada esok hari.




Pada tanggal 9hb pagi kami mulakan dengan memuatkan barang barang kedalam lori dan kereta kereta lain jgak.Alhamdulilah pada pukul 2 petang baru kami dapat bertolak ke Kelantan.


Perjalanan kami agak memakan masa yg panjang memandangkan cuaca yg masih hujan dan tak menentu. Kami terpaksa meredah banjir kat  Bentong dan salah sebuah transport mengalami tayar pecah semasa perjalanan melalui jalan ke Gua Musang.




Alhamdulilah awal pagi kami sampai ke destinasi pertama iaitu rumah abang angkat saya Ustaz Abang Ayub kat Gua Musang. Rumahnya turut terkena dengan musibah ini.Sedikit sumbangan turut kami agihkan disini.


Ini adalah sebahagian gambar yg diambil sewaktu kami berada di rumah Ustaz Ayub. Selesai dari sana kami meneruskan perjalanan kami ke Kuala Krai Kelantan.
Hampir pukul 2 .45 pagi kami sampai kesana.
Sewaktu kami sampai disana keadaan disana masih bergelap kerana bekalan elektrik masih belum pulih. Hanya menggunakan beberapa batang lilin saja yg ada, alhamdulilah kami turut membawa sedikit bekalan utk dikongsi bersama keluarga kami disana.






Beberapa gambar diatas adalah sewaktu kami meyusun semula barang barang di tempat penginapan kami dan ada yg kami agihkan terus di Kampung berkenaan iaitu Kg Sok di Kuala Krai.


















Berikut adalah beberapa gambar tempat tempat yg kami sempat singgah dan gambar team kami.Alhamdulilah semua  amanah yg diberikan dapat diselesaikan dengan sempurna.Hati menjadi sayu apabila melihat keadaan mereka disana, terasa terlalu sedikit yg dapat kami bantu. Walaubagaimanapun syukur alhamdulilah sepanjang perjalanan pulang kami ke Kuala Lumpur kami sempat berselisih dengan bantuan bantuan dari luar turut menuju kesana.

Sesungguhnya apa yg berlaku ini ada hikmahnya, Allah mahu umatnya bersatu untuk menempuhi ujian ini. Insyallah dengan pengalaman yg kami lalui akan dapat sama sama muhasabah diri dari apa yg telah berlaku.

Semoga mereka tabah menghadapi ujian yg diberikan, Allah menguji umatnya kerana Allah menyayangi kita semua. Sesungguhnya Allah tidak pernah kejam. Kita sebagai umatnya mestilah redha akan ketentuan yg diberikan.Semoga kita semua dirahmati....Amin.



Khamis, 22 Januari 2015

BETAPA PENTINGNYA HORMON DALAM KESUBURAN WANITA!!!!



Apabila melalui alam perkahwinan, semua pasangan mengimpikan kehadiran cahaya mata bagi mengeratkan dan menceriakan rumahtangga mereka. Namun ada ramai pasangan yang telah berkahwin lebih dari 2 tahun ke atas, tidak begitu bertuah untuk memiliki anak dari darah daging mereka sendiri. Alhamdulillah...... syukur kepada Allah SWT kepada pasangan yang berjaya memiliki anak2 yg comel dan sihat. Didik dan jagalah mereka dengan baik.

Adakalanya wanita mengalami masalah hormon yang tidak seimbang atau mempunyai lebih hormon lelaki. Salah satu masalah wanita adalah ketidakstabilan hormon yang membawa kepada masalah sukar untuk hamil. Wanita biasanya memerlukan empat hormon penting bagi kitaran haid yang berlaku setiap bulan. Pergerakan dan keseimbangan keempat-empat jenis hormon ini membuatkan seseorang wanita datang haid. Jadi di atas sebab-sebab tertentu, hormon wanita menjadi tidak stabil menyebabkan pengeluaran telur menjadi kurang. 

Sistem kesuburan wanita disebabkan banyak punca, misalnya organ ovari yang besarnya hanya 2.5 hingga 3 cm mempunyai fungsi yang besar seakan-akan testis bagi lelaki. Kekurangan hormon wanita menyebabkan wanita ditumbuhi bulu-bulu halus di wajah seperti misai. Hormon wanita yang seimbang amat penting dalam menyerlahkan ciri-ciri kewanitaan.

4 hormon yang terlibat dalam kesuburan wanita.

★FSH - bertindak ke atas ovari bagi membantu telur membesar
★LH - membantu memecahkan telur menjadi ova dan bergerak ke tiub Fallopia utk persenyawaan.
★Estrogen - menyediakan tempat selesa dan sesuai utk telur membesar
★Progesteron - menyokong janin agar dapat membesar dgn baik

FSH dan LH dirembeskan dari kelenjar pituitari di otak untuk bertindak ke atas ovari. Manakala estrogen dan progesteron pula dikeluarkan dari ovari dan kelenjar adrenal di puncak buah pinggang. Antara sebab empat hormon utama tidak seimbang adalah pemakanan tidak teratur atau produk kesihatan tidak sesuai menyebabkan hormon lelaki semakin tinggi dan hormon wanita berkurangan.Ini akan menyebabkan SIndrom Polisistik Ovari atau Polycstic Ovarian Syndrome (PCOS). Biasanya setiap bulan satu telur membesar dengan bantuan hormon FSH dan pada masa yang sama, rahim tidak mengeluarkan hormon tetapi mendapat arahan daripada ovari. Organ rahim menerima arahan ovari dan menyediakan tempat selesa dan sesuai seakan tilam yang diuruskan oleh hormon estrogen.

Apabila telur membesar sehingga 2cm, LH akan membantu memecahkan telur menjadi ova dan bergerak ke tiub Fallopia di mana persenyawaan berlaku. Selepas persenyawaan secara semulajadi berjaya, ia akan bergerak dan menetap di tilam rahim", Kata Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran
Sementara itu hormon progesteron akan menyokong janin agar dapat membesar dengan baik.


Punca hormon lelaki meningkat pada wanita:-

★Pemakanan
★gaya hidup
★usia hamil yg meningkat
★penyakit seperti diabetes yg menyebabkan hormon lelaki meningkat lebih drpd biasa


Bila salah salah satu hormon terganggu ini akan menyebabkan wanita sukar hamil dan mudah mengalami keguguran.

Bagaimanapun terdapat beberapa hormon lain yang boleh memberikan kesan kepada kesuburan"-

  • Hormon tiroid yang tidak stabil boleh menyebabkan hormon FSH/LH tidak stabil.
  • Hormon insulin yang dikeluarkan oleh pankreas bertugas menghadamkan gula dalam darah. Diabetes akan menyebabkan pengeluaran insulin rendah dan gula tidak dapat dihadamkan tetapi masuk ke dalam aliran darah dan bukan ke organ yang memerlukan. Ini memberikan kesan buruk kepada fungsi ovari.
  • Hormon prolaktin biasanya dirembeskan dari kelenjar pituitari berfungsi untuk mengeluarkan susu ibu. Apabila ibu sedang menysusu, paras prolaktin adalah tinggi dan mereka biasanya tidak di datangi haid. Wanita dengan prolaktin tinggi akan menyebabkan pusingan haid menjadi kacau bilau. Tempoh pusingan haid normal bagi seorang wanita adalah 24 hingga 35 hari.
  • Obesiti juga boleh menyebabkan hormon tidak stabil maka wanita perlu mempunyai berat badan yang ideal.
  • Stress atau tekanan biasanya akan menyebabkan pengaliran darah semakin laju dan jantung berdegup kencang. Ketika stress darah akan mengalir ke organ penting seperti otak dan jantung. Darah akan kurang mengalir ke organ lain seperti ovari.
Rawatan:
  • Kebiasaannya pesakit akan di diagnosis mengenai sejarah kesihatan, menjalani pemeriksaan hormon dalam darah dan ujian ultrasound. Jika persenyawaan semulajadi tidak berjaya terdapat kaedah alternatif seperti:
  •  IUI adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah dibersihkan/diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur.
  • ICSI di mana ia dapat mengatasi masalah sperma atau kadar persenyawaan lemah. Kaedah in hanya memerlukan satu sperma untuk disuntik ke dalam ovum dan persenyawaan berlaku secara manual.
  • IVF di mana telur disenyawakan dengan sperma secara manual dalam tabung uji makmal. Embrio yang terhasil akan dimasukkan ke dalam rahim melalui tiub dan dapat membantu wanita yang mempunyai masalah tiub fallopia.
Pelbagai rawatan kini dapat kita diselesaikan namun ada yg beranggapan rawatan tersebut memakan belanja yg besar utk dilakukan.


Pada pengalaman saya, banyak pelanggan yg mengamalkan produk Shaklee selama ini   telah hamil dengan mengamalkan set Kesuburan Shaklee dan selalu datang membuat rawatan urut setiap bulan, alhamdulilah berkat kesungguhan dan kesabaran  mereka dapat hamil. Malah mereka turut mengamalkan set hamil sepanjang kehamilan mereka sebelum ini.

Walaubagaimanapun, gaya pemakanan yg sihat juga turut membantu untuk masalah hormon yg berlaku dikalangan wanita hari ini.


Untuk mengetahui lebih lanjut anda bolelah melayari facebook atau wassap terus ke:
Facebook : Niezaali
Page : Rumah Vitamin
Wassap : 673-8969424
Email: nurniezaha@gmail.com